selamat membaca teman-teman yang haus dangn ilmu pengetahuan

Khamis, 13 Januari 2011

KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB
Latar Belakang
Umar al-Khattab dilahirkan pada tahun 583 M daripada Bani Adi. Pada zaman Jahiliah, beliau adalah seorang sadagar dan duta kaum Quraisy. Beliau adalah seorang yang berani, tabah, tidak mengenal binggung dan ragu. Beliau digelar al-Faruq oleh nabi setelah beliau membawa sekumpulan umat Islam bersembahyang di hadapan Kaabah secara terbuka untuk pertama kali dalam Sejarah Islam. Beliau merupakan khalifah kedua dalam Sejarah Islam setelah dipilih sendiri oleh Abu Bakar. Beliau adalah khalifah yang pertama yang digelar sebagai "Amirul Mukminin".
Pembaharan dalam Pentadbiran
Pembentukan Majlis Syura
Umar telah menubuhkan Majlis Syura yang merupakan lembaga (Majlis Perunding Negara) yang tertinggi. Ia terbahagi kepada 2 majlis Syura Tertinggi dan Majlis Syura Am. Anggota Majlis Syura Tertinggi terdiri daripada Uthman Bin Affan, Ali Bin Abi Talib, Waqqas Bin Muaz Bin Jabal. Semua perkara yang melibatkan masalah politik, keselamatan dan sosial negara akan dibincangkan bersama-sama. Majlis Syura juga bertanggungjawab menentukan polisi negara dalam soal pemerintahan dalaman dan hubungan luar. Melalui amalan sistem syura, Umar telah membuka peluang dan kebebasan yang seluasnya kepada semua orang untuk mengemukakan fikiran dan pendapat mereka dari kebaikan dan keadilan Islam sehingga beliau menganggapbahawa manusia yang tidak dapat atau tidak mahu memberi pendapat adalah manusia yang tidak berguna.
  1. Perbahagian Wilayah Islam
Umar telah membahagikan Kerajaan Islam yang semakin luas kepada beberapa wilayah demi menjaga kelicinan pemerintahan Islam. Ia terdiri daripada Hijaz, Syiria, Iran, Iraq, Mesir, Palestine, Juzirah dan Madinah. Setiap wilayah dilantik beberapa orang pegawai. Mereka dikehendaki datang ke Mekah pada setiap tahun untuk membuat laporan setelah menunaikan haji. Orang ramai pula berpeluang untuk mengadukan hal tentang pegawai-pegawai yang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan